Showing posts with label Ijtimak Stories. Show all posts

Friday, April 1, 2011
Sunday, August 23, 2009
40 hari Selepas Ijtimak
Boleh tengok koleksi gambar ijtimak yg diambil dari media arus perdana
http://ziarah76.blogspot.com/2009/07/gambar-gambar-ijtimak.html
Bleh tengok koleksi gambar sekitar ijtimak secara up close and personal
http://syukri-abdullah.blogspot.com/2009/06/ijtima-malaysia-2009.html
Alhamdulillah
Ijtimak telah berakhir selama lebih kurang 40 hari. Jemaah2 40 hari yg dikeluarkan selepas ijtimak temph hari telah tangguh secara beramai2 pada hari Khamis 20 August yg lalu.
saya berpeluang kali ini utk khuruj di dua tempat berbeza. 12 hari pertama di Melaka dan bakinya di Penang. Pelik tapi benar. Di Melaka saya telah diputuskan utk khidmat jemaah foreign campuran saudara2 seislam kita dari Germany dan Australia sebagai penterjemah English dan Deutsch (bahasa German). Kemudian di Penang, saya diputuskan utk keluar dan khidmat jemaah ustaz2 yakni bekas2 pelajar Madrasah Miftahul ULum Sri Petaling yang mempunyai baki masa beberapa hari seusai 10-11 bulan berada di jalan Allah.
Dua jemaah yang berbeza.......
Tapi satu fikir dan gerak kerja yg såma. Cuma ada sedikit perbezaan dalam sambutan orang tempatan di Melaka dan Penang. Di Melaka sambutan orang2 tempatan sangat2 bagus.Walaupun tanggapan ramai diantara kita Melaka adalah negeri yang keras, tetapi sebenarnya orang2 kampung cukup suka pada jemaah. Mungkin adat dan cara orang Melaka ini memamng frank dan terus terang, membuatkan ramai yang rasa mereka ini kasar. faktor lain mungkin semasa minggu pertama selepas ijtimak, ramai yang terkesan dengan laporan2 positif media terhadap ijtimak lalu terbentuklah satu sikap penerimaan yang positif juga.
Tapi semasa di Penang, situasi sebenar dan yang biasa dialami oleh mana2 jemaah2 yang bergerak mula dirasai. Walaupun mungkin diantara kita yang beranggapan Penang ni tempat yang lama sudah merasa ketibaan jemaah2 dakwah (sejak 500 tahun yg lalu), namun begitulah keadaannya bagi sesentengah manusia yang Allah jadikan utk ujian buat kita semua. Masih kedapatan masjid2 dan surau2 di Penang (yg umat Islamnya hanyalah kini 25%) sahaja, yang masih keberatan dan tidak mesra jemaah. Terasa ada jurang antara penduduk tempatan dan jemaah yang mendatang. Walaupun demikian, tidaklah sampai ke tahap macam dulu2.
Saya suka membaca blog al alostari yang banyak membuat teguran kepada sikap sathi2. Antara teguran beliau yang saya ingat ialah, berkenaan sikap sesetengah diantara kita terhadap alim ulamak. Apatah lagi terhadap alim ulamak didalam jemaah sendiri. Boleh search dalam blog beliau apa tegurannya. Paling penting kena ada sikap muliakan alim ulamak.
ps
hhehehe......seronok keluar tahun ni sebab, nusrah banyak...almaklumlah jemaah foreign dan alim ulamak. yang aku tak foreign dan tak alim ulamak ni pon dapatlah tumpang semulut dan seperut...kekekek.....

Thursday, July 23, 2009
Seusai Ijtimak
Ijtimak Malaysia 2009 usai sudah. Carian internet menggunakan kata kunci ijtimak, ijtimak malaysia dan ijtimak 2009 di enjin carian utama memberikan hasil carian mukasurat 1-2 yang semuanya menceritakan perihal ijtimak malaysia 2009 yang berlangsung di kuarters klia nilai pada 10-2 julai yang lalu.
Alhamdulillah segalanya telah berlalu dengan baik sekali. Segala hikmah dan iktibar kini menjadi sebahagian hasil ijtimak tersebut. Pasti menjadi satu kenangan yang cukup indah buat mereka yang telah lama menanti detik-detik tersebut. Setelah 27 tahun ia berlalu dan entah berapa tahun lagi ia akan kembali.
Ijtimak Malaysia 2009 berlangsung dalam keadaan yang cukup sederhana. Tanya sahaja sesiapa yang menghadiri ijtimak tersebut. Kalau ada yang luar biasa, mungkin satu dua perkara berkaitan jumlah kehadiran, organisasi dan pengurusan ijtimak. Selainnya penuh dengan kesderhanaan. Sesuailah dengan kehendak agama agar sentiasa bersederhana dalam apa jua perkara.
Saya berada di medan ijtimak selama 5 hari bermula dari 8 Julai sehingga hari akhirnya kerana berkhidmat dalam Syukbah Kebersihan. Satu cabang dari khidmat yang telah diputuskan sepanjang khidmat. Walaupun syukbah kebersihan telah cuba sedaya upaya untuk mengawal dan memantau kebersihan, tetapi sesiapa pun tidak menjangka kehadiran ijtimak malaysia 2009 mencecah 70,000 - 80,000 pada hari biasa dan 200,000 pada hari akhirnya. Keadaan ini menyebabkan penghasilan sampah berlaku secara banyak dan tidak terkawal. Walaupun Syukbah Kebersihan dengan kapasiti kurang lebih 150 orang tidak terdaya lagi, namun masyaAllah hati mulia ramai orang yang menyertai ijtimak, membuatkan saya secara peribadi sangat tersentuh. Walau tidak ramai, tapi segelintir yang memahami dan mengerti akan makna kebersihan membuatkan saya meyakini akan kekuatan usaha dakwah ini. Saya berasa yakin dan pasti hanya mereka yang benar2 hadir ke ijtimak dengan maksud untuk memenuhi kehendak agama dapat mengikuti arahan2 dan panduan yang diberikan oleh petugas2 ijtimak.
Agama ialah dalam diri sendiri
Agama dan amalannya adalah dalam diri sendiri. Orang yang memahami agama, tidak menyusahkan orang lain malah berusaha sedaya upaya membantu meringankan beban saudara2nya. Walau tidak semua, tapi sebahagian yang mampu untuk mengamalkannya menyebabkan rahmat dan hidayah pasti turun mencurah2 selepas ijtimak. Yang buruk kita sembunyikan yang baik disebarkan.
Pengorbanan
Asas agama ialah pengorbanan. Ketiadaan air pada waktu kemuncak ijtimak (hari 2-3) mengajar kita erti kesusahan dan kepayahan serta ketaatan. Inilah medan ujian terbaik buat semua dianatra kita untuk memahami kehendak usaha atas agama. Kalau ujian sekecil ini pun sudah kita keluh kesahkan, apatah lagi ujian Allah yang sentiasa ada dihadapan kita. Nafsu tidak mampu ditundukkan kalau kita sentiasa meletakkan kepentingan diri melebihi dari kepentingan agama. Ketaatan menyebabkan Allah redha dan suka pada semua amal baik yang kita kerjakan. Amal baik yang ktia kerjakan tetapi tidak dalam ketaatan, menyebabkan Allah mengembalikan urusan kita kepada orang yang kita telah susahkan. Kewujudan gerai yang tidak direncana berhadapan khemah2, bukan sahaja disertai oleh mereka yang tidak faham, tetapi dimeriahkan lagi oleh mereka yang konon2nya berusaha atas agama. Kenapa mensia2kan peluang ijtimak yang kunjugannya pada waktu akan dtg tidak lagi diketahui tarikhnya??? Tepuk dada tanyalah iman....
Teruskan berusaha
Ini adalah sebahagian kecil dari nusrah Allah taala. Janganlah kita terkesan dengan segala perhiasan yang telah berlaku sepanjang ijtimak. Teruskan berusaha dalam keadaan rendah diri, tawadhu dan ikhlas untuk keredhaan Allah. Tanah yang telah digembur kini perlu dibaja dan ditanam semaiannya. Janganlah kita terlaka melihat kesuburan tanah, sehingga kita lupa untuk berusaha untuk menanam benih dan akan datang menuai hasilnya. Gembirakanlah Allah dan bukan manusia...... Lapangkan diri masa dan harta terus menerus untuk agama Allah.
Sehingga ketemu lagi
Ijtimak Malaysia 2009 melabuhkan tirainya dengan doa penutup yang sentiasa meruntun hati mereka yang memahaminya. Keimanan, pengabdian, urusan kehidupan dan akhlak berteraskan syariat Allah dan Rasul saw yang dianjurkan oleh para ulama menjadi bekalan buat kita memperuntukkan masa, diri dan harta seadilnya buat agama Allah dan usaha keatasnya. Inilah yang kita telah ikrarkan.........
Agar Allah merahmati dan mengampuni kita....
ps: Rajin2kanlah diri menjenguk tapak ijtimak yang telah kita tinggalkan. Bantulah mereka yang masih bertungkus lumus mengemas dan mengembalikan keadaan tanah lapang kuarters klia seperti 10 bulan yang dahulu. Kita datang dengan baik dan kita tinggalkan dengan lebih baik lagi

Sunday, June 21, 2009
Ijtimak Tongi ---- Ijtimak Malaysia
Satu catatan peribadi
saya menghadiri ijtimak tongi atau dikenali sbg beswa ijtimak pada tahun 2007. Satu pengalaman yang cukup menarik dan tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Disana saya berpeluang bertemu dgn rakan-rakan lama dari Germany dan juga Marocco. Pertemuan yang sangat akrab dan sentimental.
Saya menyaksikan jutaan manusia berkumpul dan bergerak menelusuri tebing sungai Tongi bagi mndengar bayan-bayan dari orang-orang yang sudah lama mengabdikan diri mereka untuk agama Allah. Baik dari segi dakwah, ibadah, ilmiah dan juga khidmah.
Saya tidak pernah menjumpai satu perhimpunan yang begitu besar. Para jemaah dari luar negara semuanya diberi makan secara percuma. Malah layanan juga adalah sangat memuaskan. Memuaskanlah untuk standard Bangladesh yang kita selalu pandang remeh temeh. Saya menyerap satu rasa kecil, hina namun begitu mesra dek kerana layanan Mat-Mat Bangla yang sangat baik. Ya, Mat-Mat Bangla yang kita selalu pandang sebelah mata sahaja. Perasaan itu saya kira merupakan tak sampai secebis rasa kasih sayang Nabi saw kepada umatnya tanpa mengira apa jua latar belakang dan juga keturunan.
Ijtimak selama 5-6 hari itu disudahi dengan satu bayan/ucapan agama yang cukup panjang namun berkesan oleh Maulana Saad. Doa penutup atau akheeri munajat disarati dengan tangisan teresak-esak dari seluruh majmak memohon keampunan Allah, kasih sayang dan juga pedoman dari Rabb yang menguasai seluruh jiwa dan hati. Doa yang dipohon buat menarik belas ihsan dari Allh atas keadaan ummah. Doa buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seluruh alam agar mendapat tempat dalam darjah keredhaan disisi Allah taala. Doa memohon agar Allah menzahirkan bantuanNya, agar Allah menyiram seluruh jiwa dengan kehidupan peribadi mulia Muhammad saw.
Meninggalkan medan ijtimak Tongi, mencetus rasa harap agar pada masa akan datang ijtimak sebegini akan diadakan di Malaysia.
Kini ia datang disini. Walaupun keberiaan saya di dalam hati sudah saya rasakan mencukupi, tapi ribuan manusia sejak Oktober 2008 sehingga kini sudah memberikan seluruh jiwa, keringat dan maruah buat menjayakan ijtimak Malaysia 2009. Curahan peluh diiringa dengan titisan air mata saya saksikan sepanjang persiapan kearah ijtimak Malaysia. Curahan peluh demi ikhtiar yang diperintahkan Allah dan RasulNya saw dan titisan air mata buat mempersembahkan rasa lemah, tidak ada, tidak mampu dan tidak upaya kepada Allah buat meraih rasa simpati dan ihsan dari Nya agar mempermudahkan segala urusan.
Ayuh....kita hayunkan langkah..........moga Allah terima saya dan tuan2 semua

Monday, February 9, 2009
Persiapan Ijtimak
Preparation for Ijtimak
A lot of Jamaat should be formed and send out
An increment in maqami effort is a must
An increment in infradi amal
Physical preparation for the place of ijtimak

Thursday, February 5, 2009
Tongi 2009
Karguzari ringkas ijtimak Tongi 2009
Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.
Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.
Untuk itu;
Buat kerja dakwah.
Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Ijtimak Malaysia 2018
Ijtimak tiba lagi. Kerja agama perlu giat dijalankan! Bawa manusia kepada Allah.
-
( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 ) Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan 9 Julai 2009 – KHAMIS - Selepas Solat Asar : Ceramah Umum - S...
-
Ijtimak Malaysia 2009 usai sudah. Carian internet menggunakan kata kunci ijtimak, ijtimak malaysia dan ijtimak 2009 di enjin carian utama m...
-
Dipetik dari Kosmo DALAM bahasa Kelabit, Bario bermaksud 'angin'. Maksud itu sesuai bagi merujuk suasana sebenar kawasan penempata...