Boleh tengok koleksi gambar ijtimak yg diambil dari media arus perdana
http://ziarah76.blogspot.com/2009/07/gambar-gambar-ijtimak.html
Bleh tengok koleksi gambar sekitar ijtimak secara up close and personal
http://syukri-abdullah.blogspot.com/2009/06/ijtima-malaysia-2009.html
Alhamdulillah
Ijtimak telah berakhir selama lebih kurang 40 hari. Jemaah2 40 hari yg dikeluarkan selepas ijtimak temph hari telah tangguh secara beramai2 pada hari Khamis 20 August yg lalu.
saya berpeluang kali ini utk khuruj di dua tempat berbeza. 12 hari pertama di Melaka dan bakinya di Penang. Pelik tapi benar. Di Melaka saya telah diputuskan utk khidmat jemaah foreign campuran saudara2 seislam kita dari Germany dan Australia sebagai penterjemah English dan Deutsch (bahasa German). Kemudian di Penang, saya diputuskan utk keluar dan khidmat jemaah ustaz2 yakni bekas2 pelajar Madrasah Miftahul ULum Sri Petaling yang mempunyai baki masa beberapa hari seusai 10-11 bulan berada di jalan Allah.
Dua jemaah yang berbeza.......
Tapi satu fikir dan gerak kerja yg såma. Cuma ada sedikit perbezaan dalam sambutan orang tempatan di Melaka dan Penang. Di Melaka sambutan orang2 tempatan sangat2 bagus.Walaupun tanggapan ramai diantara kita Melaka adalah negeri yang keras, tetapi sebenarnya orang2 kampung cukup suka pada jemaah. Mungkin adat dan cara orang Melaka ini memamng frank dan terus terang, membuatkan ramai yang rasa mereka ini kasar. faktor lain mungkin semasa minggu pertama selepas ijtimak, ramai yang terkesan dengan laporan2 positif media terhadap ijtimak lalu terbentuklah satu sikap penerimaan yang positif juga.
Tapi semasa di Penang, situasi sebenar dan yang biasa dialami oleh mana2 jemaah2 yang bergerak mula dirasai. Walaupun mungkin diantara kita yang beranggapan Penang ni tempat yang lama sudah merasa ketibaan jemaah2 dakwah (sejak 500 tahun yg lalu), namun begitulah keadaannya bagi sesentengah manusia yang Allah jadikan utk ujian buat kita semua. Masih kedapatan masjid2 dan surau2 di Penang (yg umat Islamnya hanyalah kini 25%) sahaja, yang masih keberatan dan tidak mesra jemaah. Terasa ada jurang antara penduduk tempatan dan jemaah yang mendatang. Walaupun demikian, tidaklah sampai ke tahap macam dulu2.
Saya suka membaca blog al alostari yang banyak membuat teguran kepada sikap sathi2. Antara teguran beliau yang saya ingat ialah, berkenaan sikap sesetengah diantara kita terhadap alim ulamak. Apatah lagi terhadap alim ulamak didalam jemaah sendiri. Boleh search dalam blog beliau apa tegurannya. Paling penting kena ada sikap muliakan alim ulamak.
ps
hhehehe......seronok keluar tahun ni sebab, nusrah banyak...almaklumlah jemaah foreign dan alim ulamak. yang aku tak foreign dan tak alim ulamak ni pon dapatlah tumpang semulut dan seperut...kekekek.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ijtimak Malaysia 2018
Ijtimak tiba lagi. Kerja agama perlu giat dijalankan! Bawa manusia kepada Allah.
-
Ijtimak Malaysia 2009 usai sudah. Carian internet menggunakan kata kunci ijtimak, ijtimak malaysia dan ijtimak 2009 di enjin carian utama m...
-
( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 ) Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan 9 Julai 2009 – KHAMIS - Selepas Solat Asar : Ceramah Umum - S...
-
Dipetik dari Kosmo DALAM bahasa Kelabit, Bario bermaksud 'angin'. Maksud itu sesuai bagi merujuk suasana sebenar kawasan penempata...
No comments:
Post a Comment