Sunday, October 25, 2009

Recommend : Ustz Hambali Alorstari

http://hambalialorstari.blogspot.com/

Ustz Hambali menulis banyak tentang jemaah tabligh secara rasional dan disokong dengan fakta. Sila baca blog beliau.

Tips khuruj: Set taam



Amik dari sini http://www.flickr.com/photos/ghazklick/

Keluar jalan Allah. Begitulah terjemahannya kepada khuruj fisabilillah. Huraiannya banyak. Tapi yg paling mirip dengan maksud Nabi saw dan para sahabat khuruj fisabillillah ialah keluar untuk menyampaikan, menyebarkan, mendakwahkan, mengajarkan dan mengajak orang kepada Islam. Dan begitu juga dengan cara dan tata adab khuruj fisabilillah ini ialah dengan mengambil sunnah Nabi saw sebagai panduan.

Ada beberapa perkara kena bawa semasa keluar ni. Antara yg paling penting ialah set taam dan set taalim. Entry kali ini kita tengok set taam dulu. Set taalim entry lain. (Ramai org ada set taalim lengkap tapi tak ramai org ada set taam yang lengkap)

Cadangan saya untuk set taam
  1. Dapur dua penunu (Sediakan plastik guni gula untuk membungkus dapur ini agar kelihatan kemas)
  2. Balang gas
  3. Periuk bersaiz 60-30 cm (3 periuk untuk masak pelbagai masakan mengikut bilangan ahli jemaah)
  4. Rice cooker (Bagus kalau ada. Tak ada pon takpe. Leh pakai periuk biasa masak nasi)
  5. Cerek (Biasa atau eletrik. Yang mudah biasa. Sebab nak masak chay senang. :) )
  6. Kuali (Sederhana besar)
  7. Dulang ( 3 - 5 biji. Material yg bagus ialah jenis stainless steel . Senang nak basuh)
  8. Saprah (ikut bilangan dulang. Lebih sikit pun takpe. Material yg bagus ialah jenis plastik orang buat alas meja dan dipotong empat segi. Senang nak lipat dna basuh )
  9. Cawan plastik (10 - 20 butir. Lebih takpe senang nak buat saprah panjang)
  10. Bekas2 plastik (Pelbagai saiz dan bentuk. Mudah untuk nak tadah air, cuci sayuran, isi bahan mentah)
  11. Penapis air
  12. Pembuka tin
  13. Pisau2 ( Pisau potong daging yg kecil, pisau poton sayur dan pisau potong buah. Pengupas kulit pun bagus kalau ada. )
  14. Papan potong
  15. Pelbagai sudip dan senduk ( Utk menggoreng, memasak kuah, mencedok nasi)
  16. Bekas plastik besar (FELTON) untuk mengisi barang2 diatas. Penting utk kekemasan. Kalau takde cari kotak yg tebal. Kalau takde juga potong kain pelikat dan susun barang2 atas dulang dan diakhiri dengan kuali. Letakkan atas kain pelikat tadi, dan ikat setiap bucunya silang antara satu sama lain diatas kuali tadi)
  17. Ada tambahan yang saya terlupa? Tinggal dalam komen.
Paling penting

  1. Kekemasan (kemas set taam selepas menggunakannya)
  2. Kebersihan (bersihkan set taam termasuklah dapur selepas menggunakannya)
Selamat khuruj....

Ijtimak Malaysia 2018

Ijtimak tiba lagi. Kerja agama perlu giat dijalankan! Bawa manusia kepada Allah.