Tuesday, February 21, 2012

Sultan Mahmud Ghaznawi dan Ayaz

Sehinggakan menteri2 Sultan Mahmud berasa hairan knp Sultan begitu sayang kepada Ayaz.
SULTAN pon panggil semua menteri berhimpun.Lalu sultan memotong buah mangga dgn tangan baginda sendiri.Baginda memberi sepotong demi sepotong kpd menteri utk dimakan.Menteri2 mula menyuap buah tersebut dan dari reaksi wajah mereka pasti ada sesuatu tak kena dgn buah tersebut. Sultan pon memanggil Ayaz dan memberi sepotong pelam tadi kpd Ayaz. Ayaz begitu gembira dan telah makan buah tersebut dalam keadaan ceria dan selera.
Sultan bertanya kpd menteri apa gerangan mereka bereaksi demikian? Kata menteri bahawa buah pelam tadi sangat masam. Tanya Sultan kpd Ayaz. Kenapa kamu aku tengok begitu selera makan buah yg masam ini? Kata Ayaz "Wahai Sultan bukanlah kerana buah ini masam atau manis,kelat atau pahit,tetapi yg menyebabkan saya gembira dan ceria adalah kerana buah ini datang dr tangan Tuanku yg mulia. Kerana Tuanku yg telah memotong dan memberikan sendiri buah ini kpd saya, maka itulah makna sebenar kegembiraan saya."

Semua menteri tercengang mendgr jawapan Ayaz.

Sultan memuji Ayaz atas ketaatan dan kesetiaannya pada baginda.


Begitulah sepatutnya kita dengan Allah swt. Bukanlah kerana kesusahan dan kesenangan yg datang kpd kita, tetapi hendaklah kita yakin sepenuhnya bahawa kesusahan dan kesenangan yg datang kpd kita adalah dari Allah swt. Kesusahan tanda Allah ingat dan nak ampunkan dosa kita.Kesenangan pula tanda Allah swt menikmati kita dgn rezeki dri khazanahNya
Petikan bayan Ustaz Ismail dalam siri jelajah org tgjwb Markas Sri Petaling untuk persediaan jhor 

No comments:

Post a Comment

Ijtimak Malaysia 2018

Ijtimak tiba lagi. Kerja agama perlu giat dijalankan! Bawa manusia kepada Allah.