Thursday, November 5, 2009

Dipetik dari blog Saiful Silam

SECEBIS KISAH DI DIARI NUBUWWAH

Terkenang saya kepada selubung duka yang melanda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketika masih letih pulang dari misi Tabuk, menyambut berita geringnya anak lelaki baginda, Ibrahim. Di dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawood dan Sunan Ibn Majah, tercatat kisah berikut:

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam masuk ke kamar dan kami menemaninya… dan Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mata Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam basah dengan limpahan air mata.

Lalu Abd al-Rahman bin Auf berkata, “apakah engkau meratap ya Rasulallah?”

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “ia adalah sifat rahmah (naluri kasih sayang).”

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyambung lagi, “sesungguhnya mata kami basah dengan air mata, dan hati kami tepu dengan duka, namun lisan kami tidak mengungkapkan sebarang kata melainkan apa yang diredhai oleh-Nya. Oh Ibrahim, sesungguhnya kami amat sedih dengan pemergianmu…”

No comments:

Post a Comment

Ijtimak Malaysia 2018

Ijtimak tiba lagi. Kerja agama perlu giat dijalankan! Bawa manusia kepada Allah.