Tuesday, November 17, 2009

Dakwah di pendalaman (Bario, Sarawak)

Dipetik dari Kosmo

DALAM bahasa Kelabit, Bario bermaksud 'angin'. Maksud itu sesuai bagi merujuk suasana sebenar kawasan penempatan suku kaum Kelabit yang terkenal dengan cuaca yang nyaman. Ia terletak di Tanah Tinggi Kelabit, timur laut Sarawak.
Terletak pada ketinggian 1,150 meter dari aras laut, sudah lama penulis mahu ke Bario untuk melihat sendiri kawasan penempatan yang dikelilingi bukit-bukau dan gunung-ganang itu. Justeru, misi menjejaki Bario menerusi program Eksplorasi Murud-Bario 2009 yang disertai bersama 10 rakan pendaki baru-baru ini benar-benar mengujakan. Selain dapat menikmati sendiri buah nanas dan beras Bario yang terkenal, penulis sempat meluangkan masa beramah mesra dengan sekumpulan ahli Jemaah Tabligh yang ketika itu 'berkampung' di Bario selama tiga hari untuk berdakwah.
Ketua kumpulan itu, Ustaz Mohd Zulkifli Mohd Adnan, 35, berkata, terdapat kira-kira 30 penduduk Muslim di Bario.
Menurutnya, sungguhpun jumlah penduduk Muslim itu sedikit berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk Bario iaitu kira-kira 900 orang, namun usaha dakwah akan terus dilakukan di kawasan penempatan terpencil itu.
"Terdapat lima keluarga yang sudah memeluk agama Islam di sini. Keluarga pertama yang memilih Islam adalah keluarga Mustafa yang membuka sebuah rumah penginapan di Bario. Yang lain adalah guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di sekolah rendah dan menengah di situ," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Mustafa Lodge, Bario, Sarawak baru-baru ini.
Mengikut sejarah, penduduk Bario menerima kedatangan ajaran Kristian terlebih dahulu iaitu pada tahun 1940-an. Ajaran itu dibawa oleh Guru Paul yang dikenali juga sebagai Nimang Tepun. Faktor kedatangan Kristian di situ yang lebih awal mungkin menjadi antara sebab kenapa tidak ramai penduduk Bario mahu memilih Islam. Ini memandangkan kehidupan mereka sudah sebati dengan budaya nenek moyang dan ajaran Kristian yang tiba lebih awal itu.
Sungguhpun begitu, faktor itu tidak menjadi masalah kepada kumpulan Jemaah Tabligh untuk terus berdakwah tanpa jemu di bumi Bario yang terletak di Tanah Tinggi Kelabit itu. Bario sebenarnya boleh dianggap sebagai ibu negeri tidak rasmi bagi kawasan-kawasan penempatan di tanah tinggi tersebut.

Thursday, November 5, 2009

Dipetik dari blog Saiful Silam

SECEBIS KISAH DI DIARI NUBUWWAH

Terkenang saya kepada selubung duka yang melanda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketika masih letih pulang dari misi Tabuk, menyambut berita geringnya anak lelaki baginda, Ibrahim. Di dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawood dan Sunan Ibn Majah, tercatat kisah berikut:

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam masuk ke kamar dan kami menemaninya… dan Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mata Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam basah dengan limpahan air mata.

Lalu Abd al-Rahman bin Auf berkata, “apakah engkau meratap ya Rasulallah?”

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “ia adalah sifat rahmah (naluri kasih sayang).”

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyambung lagi, “sesungguhnya mata kami basah dengan air mata, dan hati kami tepu dengan duka, namun lisan kami tidak mengungkapkan sebarang kata melainkan apa yang diredhai oleh-Nya. Oh Ibrahim, sesungguhnya kami amat sedih dengan pemergianmu…”

Monday, November 2, 2009

Memori lama

Dipetik dari blog lama aku. Catatan lama zaman kanak2

Arwah samsul bahari dikenali dgn nama BAH aje.... dia Ini geng2 saudi,abg razak dgn aris nie….sama dgn budiman dan juga sape yg putih2 tu ..naik moto kris kelabu tu..aku lupa la nama dia….

Uitm…..ini universiti institut tabligh malaysia….hehe….intec…international tabligh educational centre….or nama lama…KPP..kolej persediaan pendakwah……or PPP pusat persediaan pendakwah….

Alhamdulillah…awl2 masuk PPP mmg usaha disana tgh merudum jatuh dgn teruk sekali…masakan tidak…..zaman kegawatan menyaksikan program2 penghantaran pelajar ke luar negara terpaksa dihentikan…ramai karkun2 tak dapat fly dan berpindah ke uniten,utm dan uni2 lain…..1997-1998 adalah zaman kejatuhan KPP…yang tiinggal adalah dua tiga kerat spt bro arkitekture tu,fakhrul ,abd hai dgn faiz….sehinggalah awal 1999..kemasukan batch ATU 2 (batch rafique) dan juga bro roslan telah menerangkan kegelapan ..usaha alhamdulillah kembali bernafas……mesyuarat harian mula berjalan kembali….moga Allah balas segala pengorbanan budak2 ATU2 yg telah sungguh2 bina balik asas usaha di KPP…..batch ALg masuk pertghan 1999 dgn asas usaha yg masih boleh terasa basah2 simennya……alhamdulillah…..dari 2 surau yakni blok 15 dan 16 bertambah ke 4 surau yg hidup amal yakni blok 18…..satu lagi di blok 11 juga berjaya di hidupkan kembali…..tidak dpt dinafikan hubungan karkun induk dgn budak KPP still macam hubungan budak2 biasa…standardla….tapi alhamdulillah geng2 ni lah yg usaha utk bawa fikir budak PPP ke mesy mingguan di surau perindu blok 16……disana baru nampak beza cam langit dgn bumi..usaha di Jati dan Perindu strong gile……kalau cuti semester tak kurang 100 org dari dua2 kolej ni spend for 40 days…..usaha makin berkembang dgn kemasukan budak2 MARA batch si BAL dan IKHwan……masuk lagi budak2 AKAUn batch fahmi dan sideq……..masuk pula batch si AJEbakshi dan AzHAr…dan batch2 jangka pendek spt france yg ada AJIb dan Jordan yg ada FaiZ ….masuk batch alg 18 yg ada Malek dan Ustaz…alhamdulillah…..semuanya dalam perancangan Allah……ada yg masih aktif..dan tak kurang juga yg menjadi agak suam2 dan sejuk……

Ijtimak Malaysia 2018

Ijtimak tiba lagi. Kerja agama perlu giat dijalankan! Bawa manusia kepada Allah.