Sunday, January 8, 2012

Jhor Seluruh Malaysia 2012

Kali ini musim jhor datang lagi. Seingat aku zaman dulu2, kalau dalam keadaan politik tidak tenteram orang2 tua kita di Nizamudin susah nak bg kebenaran utk berjhor. Masih aku ingat lagi dalam tahun 90 an ada satu jhor yg ditangguhkan dari diadakan di Kelantan.

Jadi tahun ini adalah sgt special. Elders telah lihat akan kebaikan diadakan jhor di 13 markas di seluruh Malaysia. Targhib kearah itu sperti menghidupkan suasana, jemaah keluar dan penigkatan kerja tempatan telah mula kedengran.

Ayuh kita kerja!

Friday, April 1, 2011

Tongi Ijtima 2011 : New foreign toilet building

Sambungan cerita keluar 3h mastura

Contoh terhampir ialah Baginda Muhammad saw. Dari isteri baginda yg pertama Khadijah sehinggalah ke isteri2 yang lain, mereka telah bersungguh2 membantu Nabi saw menjalan kerja dakwah. Khadijah raha sendiri telah mengorbankan seluruh jiwa raga utk bersama baginda saw dalam menyebarkan Islam. Bukan sahaja beliau merupakan orang pertama memeluk Islam, malah beliau telah berhabis habisan dalam membantu Rasul saw. Sehinggakan wasiat beliau yang terakhir, andai tulang belulang beliau dapat digunakan untuk kerja agama, maka beliau rela ianya dikorbankan.

Mendedahkan ahlia2 kita dengan kerja dakwah dan tabligh merupakan sarana untuk kita maju dalam kerja ini. Ahlia kita akan menjadi pendorong dan pemberi semangat untuk kita menambah dan meningkatkan korban. Bahkan mereka akan membentuk suasana rahmah wa barakah dalam rumahtangga kita dengan amalan2 fardhu dan sunat yg dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Masakan tidak, kebanyakan isteri masakini tidak lagi menjadikan amalan agama dan sunnah nabi saw sebagai perhiasan utama rumahtangga. Rumah2 dihias dengan perhiasan fizikal yang cantik. Tetapi kerohaniannya kosong. Tiada bacaan al quran dibacakan. Solat tidak dilaksanakan dengan sempurna dengan menjaga awal waktu dan sunat2nya. Tiada amalan2 sunat seperti zikir, taalim dan muzakarah agama dilakukan bersama anak2. Maka natijah daripada perkara ini. Lahirlah anak2 yang jauh dari agama dan akhirnya membentuk masyarakat yang pincang dan tidak harmoni.

Melibatkan ahlia kita dengan usaha agama ini memerlukan ketabahan dan kesungguhan. Kita sebagai lelaki perlu memperbanyakkan ikram dan menunjukkan contoh terutama dalam hal ibadah dan akhlak yang baik. Bagaimana mungkin ahlia kita akan setuju dengan amalan2 dakwah sekiranya kita yang sudah keluar 3 hari hingga 4 bulan ini masih masbuk solat jemaahnya, masih rendah akhlaknya, masih kurang ikramnya dan masih jauh dari kehidupan sunnah nabi saw.

Saya berdoa kepada Allah agar saya diberikan istiqamah dalam setiap amal baik yang saya kerjakan. Begitu juga semoga Allah menjauhkan saya dari perkara maksiat.

Sunday, February 27, 2011

Usaha Masturat

Dicatat selepas keluar 3h masturat pertama kali di Malaysia


Keluar Jalan Allah Masturat 3h

Alhamdulillah saya dan ahlia diberi kesempatan keluar ke jalan Allah pada cuti tahun baru cina yg lalu. Ini merupakan kali kedua kami keluar msturah selepas hampir enam tahun. Kali pertama dahulu ialah semasa kami di Germany.

Pengalaman kali ini cukup berbeza. Dan bg saya ia adalah stu permulaan yg teramat baik bagi tahun 2011 ini. Mmg benar apa yg elders sampaikan bahawa usaha agama ini perlu melibatkan suami dan isteri.serta seluruh ahli keluarga. Banyak perumpamaan diberikan antaranya kisah Nabi Nuh dan Lut yg menjalankan usaha agama tanpa sokongan ahli keluarga mereka terutama isteri mereka sendiri.

Thursday, October 7, 2010

Kajian sangat bagus tentang Tabligh

By Yoginder Sikand, TwoCircles.net,
This 6-part series of articles provides a detailed account of the historical origins and development of the Tablighi Jamaat in Mewat, focusing in particular on the social multiple roles that the movement has played in the region, which accounts, in large measure, for its deep-rooted popularity among the Meos. A sociological study of the development of Tablighi Jamaat in Mewat can provide interesting insights and parallels to understand the success and appeal of the movement in other contexts as well—Editor

http://twocircles.net/special_reports/tablighi_jamaat_mewat.html

Sunday, September 26, 2010

Keluar Jalan Allah

Dalam Al Quran dan Hadis disebutkan khuruj fisabilillah. Jadi bila diterjemah secara harfiahnya jadilah keluar Jalan Allah.

Saya dengar bayan2 elders, orang2 lama dalam dakwah ada berpesan bahawa salah satu matlamat keluar ke jalan Allah ini adalah untuk melatih diri kita untuk meninggalkan benda2 yang kita sayang. Keluarga, harta dan kekuasaan adalah perkara yang kita sayang. Mahu tak mahu maut pasti akan menyebabkan kita meninggalkan perkara2 tersebut.

Orang2 tua di kampung selalu cakap ada dua petanda bila orang nak mati
  1. Bila seseorang tu susah nak mati, selain dia sakit sangat nak mati, dia sebenarnya susah sangat nak melepaskan benda2 yg dia sayang. Susah sangat nak lepaskan harta, keluarga, kekuasaan dan segala yang dimiliki di dunia ni menyebabkan seseorang itu susah nak mati
  2. Bila seseorang tu kematiannya cukup mudah, lembut dan menenangkan orang yang disekelilingnya. Bermakna orang tu dah bersedia dah untuk kembali mengadap Allah. Sudah bersedia dalam erti kata lain untuk meninggalkan harta, keluarga dan kekuasaan yang dia miliki di dunia ini.
Maka itu, keluar jalan Allah adalah latihan untuk kita menghadapi saat2 kematian dengan mudah dan tenang. Kerana keluar ke Jalan Allah menuntut kita meninggalkan sementara harta, keluarga dan keduniaan kita dibelakang.

Moga ALlah pilih kita semua unutk mati di jalan Allah, seperti mana sahabat rahum, tabiin dan orang2 terdahulu dari kita.

Al Fatihah buat rakan2 seusaha yang telah mendahului saya dan kita semua.

Tuesday, August 31, 2010

10 hari akhir Ramadhan 1431

maka ramadhan pon sudah tiba ke penghujungnya

Ini antara petikan bayan yang pernah disampaikan oleh Syeikh Yunus Syura France

venue : ijitmak hamburg Mac 2005

Syeikh Yunus bayan pasal doa....

doa
1.ada doa yg diminta dan terus dikabulkan cthnya cam doa rasululullah saw dalam eprang badar
2. ada doa yg diminta tapi lewat dikabulkan cthnya doa nabi ibrahim nak anak
3.doa yg diminta tapi Allah tak kabulkan...doa tue terhenti atr langit dan bumi menjadi pelindung azab dan bala
4.doa yg Allah terima tapi lain minta lain dapat
5.doa yg ALlah tak kabul di dunia tapi ganti ganjaran di syurga.. dan pada masa itu org2 akan berkata setelah melihat ganjaran doa tu, ya ALlah alangkah bagusny akalau doa ku dulu semuanya tak dikabulkan

Ijtimak Malaysia 2018

Ijtimak tiba lagi. Kerja agama perlu giat dijalankan! Bawa manusia kepada Allah.