Saya dengar bayan2 elders, orang2 lama dalam dakwah ada berpesan bahawa salah satu matlamat keluar ke jalan Allah ini adalah untuk melatih diri kita untuk meninggalkan benda2 yang kita sayang. Keluarga, harta dan kekuasaan adalah perkara yang kita sayang. Mahu tak mahu maut pasti akan menyebabkan kita meninggalkan perkara2 tersebut.
Orang2 tua di kampung selalu cakap ada dua petanda bila orang nak mati
- Bila seseorang tu susah nak mati, selain dia sakit sangat nak mati, dia sebenarnya susah sangat nak melepaskan benda2 yg dia sayang. Susah sangat nak lepaskan harta, keluarga, kekuasaan dan segala yang dimiliki di dunia ni menyebabkan seseorang itu susah nak mati
- Bila seseorang tu kematiannya cukup mudah, lembut dan menenangkan orang yang disekelilingnya. Bermakna orang tu dah bersedia dah untuk kembali mengadap Allah. Sudah bersedia dalam erti kata lain untuk meninggalkan harta, keluarga dan kekuasaan yang dia miliki di dunia ini.
Moga ALlah pilih kita semua unutk mati di jalan Allah, seperti mana sahabat rahum, tabiin dan orang2 terdahulu dari kita.
Al Fatihah buat rakan2 seusaha yang telah mendahului saya dan kita semua.