http://hambalialorstari.blogspot.com/
Ustz Hambali menulis banyak tentang jemaah tabligh secara rasional dan disokong dengan fakta. Sila baca blog beliau.
Sunday, October 25, 2009
Tips khuruj: Set taam
Amik dari sini http://www.flickr.com/photos/ghazklick/
Ada beberapa perkara kena bawa semasa keluar ni. Antara yg paling penting ialah set taam dan set taalim. Entry kali ini kita tengok set taam dulu. Set taalim entry lain. (Ramai org ada set taalim lengkap tapi tak ramai org ada set taam yang lengkap)
Cadangan saya untuk set taam
- Dapur dua penunu (Sediakan plastik guni gula untuk membungkus dapur ini agar kelihatan kemas)
- Balang gas
- Periuk bersaiz 60-30 cm (3 periuk untuk masak pelbagai masakan mengikut bilangan ahli jemaah)
- Rice cooker (Bagus kalau ada. Tak ada pon takpe. Leh pakai periuk biasa masak nasi)
- Cerek (Biasa atau eletrik. Yang mudah biasa. Sebab nak masak chay senang. :) )
- Kuali (Sederhana besar)
- Dulang ( 3 - 5 biji. Material yg bagus ialah jenis stainless steel . Senang nak basuh)
- Saprah (ikut bilangan dulang. Lebih sikit pun takpe. Material yg bagus ialah jenis plastik orang buat alas meja dan dipotong empat segi. Senang nak lipat dna basuh )
- Cawan plastik (10 - 20 butir. Lebih takpe senang nak buat saprah panjang)
- Bekas2 plastik (Pelbagai saiz dan bentuk. Mudah untuk nak tadah air, cuci sayuran, isi bahan mentah)
- Penapis air
- Pembuka tin
- Pisau2 ( Pisau potong daging yg kecil, pisau poton sayur dan pisau potong buah. Pengupas kulit pun bagus kalau ada. )
- Papan potong
- Pelbagai sudip dan senduk ( Utk menggoreng, memasak kuah, mencedok nasi)
- Bekas plastik besar (FELTON) untuk mengisi barang2 diatas. Penting utk kekemasan. Kalau takde cari kotak yg tebal. Kalau takde juga potong kain pelikat dan susun barang2 atas dulang dan diakhiri dengan kuali. Letakkan atas kain pelikat tadi, dan ikat setiap bucunya silang antara satu sama lain diatas kuali tadi)
- Ada tambahan yang saya terlupa? Tinggal dalam komen.
- Kekemasan (kemas set taam selepas menggunakannya)
- Kebersihan (bersihkan set taam termasuklah dapur selepas menggunakannya)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ijtimak Malaysia 2018
Ijtimak tiba lagi. Kerja agama perlu giat dijalankan! Bawa manusia kepada Allah.
-
Ijtimak Malaysia 2009 usai sudah. Carian internet menggunakan kata kunci ijtimak, ijtimak malaysia dan ijtimak 2009 di enjin carian utama m...
-
( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 ) Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan 9 Julai 2009 – KHAMIS - Selepas Solat Asar : Ceramah Umum - S...
-
Dipetik dari Kosmo DALAM bahasa Kelabit, Bario bermaksud 'angin'. Maksud itu sesuai bagi merujuk suasana sebenar kawasan penempata...