Saturday, January 28, 2012

Keluar 40 hari Kuala Terengganu 2011

Alhamdulillah saya telah keluar 40 hari pada bulan Jun-Julai 2011 yg lalu. Route kali ini ialah KT. KT mmg dekat dihati saya.Pertama kali saya ke KT ialah pada tahun 1999 iaitu kali kedua saya keluar 40 hari dalam umur hidup saya. Selain itu saya berkahwin dgn orang Terengganu. Projek bisnes saya juga bermula di Terengganu.Jd alhamdulillah rezeki Allah yg banyak itu Allah turunkan utk saya banyak di Terengganu

Route
Kami bergerak sekitar kawasan Kuala Terengganu. Spesifiknya di halkah dan Bukit Kecil dan Losong.kalau di amati betul2 mmg Terengganu ni bumi bertuah. Masakan tidak, akar umbi masih kuat berpegang pada agama. Cuma kepesatan pembangunan dan arus kemodenan yang melanda, sikit sbenyak menjauhkan gol muda dari amalan agama

Nusrah
Jemaah kami semasa dalam halkah Bukit Kecil telah dinusrah dgn baik oleh Hj Zainudin Pulau Kambing dan Tabib Azharudin kita. Semasa di halkah Losong pula telah di nusrah oleh Ridzuan Robot dan ditemani oleh Ustz Hakim. Tak ketinggalan Huzaifa mamak yg selalu jenguk2 jemaah. Paling best ialah jemaah dapat buat usaha di Kpg simpang Tokku di Masjid Kpg Tokku. Masjid yang pernah menjadi markaz usaha dakwah dan tabligh ini mmg sgt tinggi kerohaniannya.

Syura Hj Nor datang menziarahi jemaah sebanyak dua kali. Saya sangat menghormati Hj Nor. Saya telah kenal beliau dr jauh pd 1998 masa pertama kali 40 h di Terengganu. Dan kenal beliau secara agak rapat semasa di medan ijtimak Sepang 2009. Peribadi beliau sangat mulia dan moga Allah memberi kebaikan dan kesejahteraan kpd beliau.

Khulasah
Kami mengakhiri perjalanan kami di Kemaman kerana permintaan salah seorang ahli jemaah yg ingin utk keluar di tpt beliau mula2 kenal usaha.

Dunia ini tempat perjalanan. Maka beruntunglah orang yg byk masanya di perjalanan yg mulia untuk mengagungkan dan meninggikan agama Allah. Nabi Muhammad saw selalu dalam perjalanan. Baginda ke Thaif,Madinah,Syam,Tabuk dan byk tempat lagi. Begitu juga para sahabat dan tabiin yang menghabiskan hidup mereka jauh dari kampung halaman.


Sunday, January 8, 2012

Jhor Seluruh Malaysia 2012

Kali ini musim jhor datang lagi. Seingat aku zaman dulu2, kalau dalam keadaan politik tidak tenteram orang2 tua kita di Nizamudin susah nak bg kebenaran utk berjhor. Masih aku ingat lagi dalam tahun 90 an ada satu jhor yg ditangguhkan dari diadakan di Kelantan.

Jadi tahun ini adalah sgt special. Elders telah lihat akan kebaikan diadakan jhor di 13 markas di seluruh Malaysia. Targhib kearah itu sperti menghidupkan suasana, jemaah keluar dan penigkatan kerja tempatan telah mula kedengran.

Ayuh kita kerja!

Ijtimak Malaysia 2018

Ijtimak tiba lagi. Kerja agama perlu giat dijalankan! Bawa manusia kepada Allah.