Friday, April 1, 2011

Tongi Ijtima 2011 : New foreign toilet building

Sambungan cerita keluar 3h mastura

Contoh terhampir ialah Baginda Muhammad saw. Dari isteri baginda yg pertama Khadijah sehinggalah ke isteri2 yang lain, mereka telah bersungguh2 membantu Nabi saw menjalan kerja dakwah. Khadijah raha sendiri telah mengorbankan seluruh jiwa raga utk bersama baginda saw dalam menyebarkan Islam. Bukan sahaja beliau merupakan orang pertama memeluk Islam, malah beliau telah berhabis habisan dalam membantu Rasul saw. Sehinggakan wasiat beliau yang terakhir, andai tulang belulang beliau dapat digunakan untuk kerja agama, maka beliau rela ianya dikorbankan.

Mendedahkan ahlia2 kita dengan kerja dakwah dan tabligh merupakan sarana untuk kita maju dalam kerja ini. Ahlia kita akan menjadi pendorong dan pemberi semangat untuk kita menambah dan meningkatkan korban. Bahkan mereka akan membentuk suasana rahmah wa barakah dalam rumahtangga kita dengan amalan2 fardhu dan sunat yg dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Masakan tidak, kebanyakan isteri masakini tidak lagi menjadikan amalan agama dan sunnah nabi saw sebagai perhiasan utama rumahtangga. Rumah2 dihias dengan perhiasan fizikal yang cantik. Tetapi kerohaniannya kosong. Tiada bacaan al quran dibacakan. Solat tidak dilaksanakan dengan sempurna dengan menjaga awal waktu dan sunat2nya. Tiada amalan2 sunat seperti zikir, taalim dan muzakarah agama dilakukan bersama anak2. Maka natijah daripada perkara ini. Lahirlah anak2 yang jauh dari agama dan akhirnya membentuk masyarakat yang pincang dan tidak harmoni.

Melibatkan ahlia kita dengan usaha agama ini memerlukan ketabahan dan kesungguhan. Kita sebagai lelaki perlu memperbanyakkan ikram dan menunjukkan contoh terutama dalam hal ibadah dan akhlak yang baik. Bagaimana mungkin ahlia kita akan setuju dengan amalan2 dakwah sekiranya kita yang sudah keluar 3 hari hingga 4 bulan ini masih masbuk solat jemaahnya, masih rendah akhlaknya, masih kurang ikramnya dan masih jauh dari kehidupan sunnah nabi saw.

Saya berdoa kepada Allah agar saya diberikan istiqamah dalam setiap amal baik yang saya kerjakan. Begitu juga semoga Allah menjauhkan saya dari perkara maksiat.

Ijtimak Malaysia 2018

Ijtimak tiba lagi. Kerja agama perlu giat dijalankan! Bawa manusia kepada Allah.