Thursday, July 23, 2009

Seusai Ijtimak

Ijtimak Malaysia 2009 usai sudah. Carian internet menggunakan kata kunci ijtimak, ijtimak malaysia dan ijtimak 2009 di enjin carian utama memberikan hasil carian mukasurat 1-2 yang semuanya menceritakan perihal ijtimak malaysia 2009 yang berlangsung di kuarters klia nilai pada 10-2 julai yang lalu.

Alhamdulillah segalanya telah berlalu dengan baik sekali. Segala hikmah dan iktibar kini menjadi sebahagian hasil ijtimak tersebut. Pasti menjadi satu kenangan yang cukup indah buat mereka yang telah lama menanti detik-detik tersebut. Setelah 27 tahun ia berlalu dan entah berapa tahun lagi ia akan kembali.

Ijtimak Malaysia 2009 berlangsung dalam keadaan yang cukup sederhana. Tanya sahaja sesiapa yang menghadiri ijtimak tersebut. Kalau ada yang luar biasa, mungkin satu dua perkara berkaitan jumlah kehadiran, organisasi dan pengurusan ijtimak. Selainnya penuh dengan kesderhanaan. Sesuailah dengan kehendak agama agar sentiasa bersederhana dalam apa jua perkara.

Saya berada di medan ijtimak selama 5 hari bermula dari 8 Julai sehingga hari akhirnya kerana berkhidmat dalam Syukbah Kebersihan. Satu cabang dari khidmat yang telah diputuskan sepanjang khidmat. Walaupun syukbah kebersihan telah cuba sedaya upaya untuk mengawal dan memantau kebersihan, tetapi sesiapa pun tidak menjangka kehadiran ijtimak malaysia 2009 mencecah 70,000 - 80,000 pada hari biasa dan 200,000 pada hari akhirnya. Keadaan ini menyebabkan penghasilan sampah berlaku secara banyak dan tidak terkawal. Walaupun Syukbah Kebersihan dengan kapasiti kurang lebih 150 orang tidak terdaya lagi, namun masyaAllah hati mulia ramai orang yang menyertai ijtimak, membuatkan saya secara peribadi sangat tersentuh. Walau tidak ramai, tapi segelintir yang memahami dan mengerti akan makna kebersihan membuatkan saya meyakini akan kekuatan usaha dakwah ini. Saya berasa yakin dan pasti hanya mereka yang benar2 hadir ke ijtimak dengan maksud untuk memenuhi kehendak agama dapat mengikuti arahan2 dan panduan yang diberikan oleh petugas2 ijtimak.

Agama ialah dalam diri sendiri
Agama dan amalannya adalah dalam diri sendiri. Orang yang memahami agama, tidak menyusahkan orang lain malah berusaha sedaya upaya membantu meringankan beban saudara2nya. Walau tidak semua, tapi sebahagian yang mampu untuk mengamalkannya menyebabkan rahmat dan hidayah pasti turun mencurah2 selepas ijtimak. Yang buruk kita sembunyikan yang baik disebarkan.

Pengorbanan
Asas agama ialah pengorbanan. Ketiadaan air pada waktu kemuncak ijtimak (hari 2-3) mengajar kita erti kesusahan dan kepayahan serta ketaatan. Inilah medan ujian terbaik buat semua dianatra kita untuk memahami kehendak usaha atas agama. Kalau ujian sekecil ini pun sudah kita keluh kesahkan, apatah lagi ujian Allah yang sentiasa ada dihadapan kita. Nafsu tidak mampu ditundukkan kalau kita sentiasa meletakkan kepentingan diri melebihi dari kepentingan agama. Ketaatan menyebabkan Allah redha dan suka pada semua amal baik yang kita kerjakan. Amal baik yang ktia kerjakan tetapi tidak dalam ketaatan, menyebabkan Allah mengembalikan urusan kita kepada orang yang kita telah susahkan. Kewujudan gerai yang tidak direncana berhadapan khemah2, bukan sahaja disertai oleh mereka yang tidak faham, tetapi dimeriahkan lagi oleh mereka yang konon2nya berusaha atas agama. Kenapa mensia2kan peluang ijtimak yang kunjugannya pada waktu akan dtg tidak lagi diketahui tarikhnya??? Tepuk dada tanyalah iman....

Teruskan berusaha
Ini adalah sebahagian kecil dari nusrah Allah taala. Janganlah kita terkesan dengan segala perhiasan yang telah berlaku sepanjang ijtimak. Teruskan berusaha dalam keadaan rendah diri, tawadhu dan ikhlas untuk keredhaan Allah. Tanah yang telah digembur kini perlu dibaja dan ditanam semaiannya. Janganlah kita terlaka melihat kesuburan tanah, sehingga kita lupa untuk berusaha untuk menanam benih dan akan datang menuai hasilnya. Gembirakanlah Allah dan bukan manusia...... Lapangkan diri masa dan harta terus menerus untuk agama Allah.

Sehingga ketemu lagi
Ijtimak Malaysia 2009 melabuhkan tirainya dengan doa penutup yang sentiasa meruntun hati mereka yang memahaminya. Keimanan, pengabdian, urusan kehidupan dan akhlak berteraskan syariat Allah dan Rasul saw yang dianjurkan oleh para ulama menjadi bekalan buat kita memperuntukkan masa, diri dan harta seadilnya buat agama Allah dan usaha keatasnya. Inilah yang kita telah ikrarkan.........

Agar Allah merahmati dan mengampuni kita....

ps: Rajin2kanlah diri menjenguk tapak ijtimak yang telah kita tinggalkan. Bantulah mereka yang masih bertungkus lumus mengemas dan mengembalikan keadaan tanah lapang kuarters klia seperti 10 bulan yang dahulu. Kita datang dengan baik dan kita tinggalkan dengan lebih baik lagi

Tuesday, July 7, 2009

Program ijtimak Malaysia 2009

( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )
Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.
( Info Dari KRENMAUT )

tgk gambar lokasi ijtimak

http://rahba81.blogspot.com/

Ijtimak Malaysia 2018

Ijtimak tiba lagi. Kerja agama perlu giat dijalankan! Bawa manusia kepada Allah.